Kali ini, kita akan berkongsi sekurang-kurangnya 5 jenis durian hutan Borneo yang terdapat di Sarawak khususnya Limbang.
Antara fakta umum yang menarik tentang durian-durian hutan ini adalah durian-durian hutan ini tidak menyebabkan panas badan seperti mana anda makan durian biasa.
Jom kita kenali jenis durian hutan Borneo tersebut:
1. Durian Isu (Durio Oxleyanus)
Durian Isu mempunyai permukaan kulit yang hampir serupa dengan durian biasa yang pernah anda makan, cuma dari segi durinya ia lebih panjang dan lebih tirus.
Dari segi rasanya pula, ia tidaklah seperti aroma durian biasa yang kita selalu makan. Isinya yang berwarna kuning-jingga mempunyai tekstur halus dan isi yang lebih lembut, dan ketika dimakan ia seakan-akan mengeluarkan haruman “gas”.
Manakala dari segi saiz pula, kadang anda boleh temui saiz lebih kecil dari penumbuk, sehinggalah saiz yang sebesar sebiji bola sepak.
No photo description available.
2. Durian Pakan (Durio Kutejensis)
Durian Pakan juga dikenali sebagai durian Nyekak oleh penduduk tempatan.
Dari segi luarannya, durian Pakan mempunyai kulit yang berwarna kuning-jingga dan mempunyai isi durian yang berwarna jingga.
Duri-duri durian pakan adalah lebih pendek berbanding durian Isu dan permukaan duri pada kulit durian ini adalah lebih lembut.
Dari segi rasa pula, ia hampir menyerupai durian Isu, cumanya ia tidak mengeluarkan aroma berbau “gas” dan isinya juga adalah lebih manis.
No photo description available.
3. Durian Kulit Merah (Durio Dulcis)
Selain daripada durian Isu dan durian Pakan, anda juga mungkin pernah terdengar nama durian merah.
Secara umumnya, durian merah boleh terbahagi kepada beberapa jenis dan yang biasa boleh dijumpai adalah Durian Kulit Merah dan Durian Isi Merah.
Perbezaan ketara antara durian kulit merah dan durian isi merah adalah:
* Durian Kulit Merah – hanya kulit durian saja berwarna merah, manakala isinya adalah seperti durian biasa.
* Durian Isi Merah – hanya isi dalam durian itu saja berwarna merah.
Durian kulit merah jarang sekali dapat ditemui dijual di pasar-pasar tamu, melainkan ke pergi ke kawasan pedalaman terutama dari kawasan Ulu Medamit.
No photo description available.
4. Durian Isi Merah (Durio Graveolens)
Durian Isi Merah atau Durio Graveolens adalah sinonim dengan negeri Sabah, jadi orang ramai seringkali menyebutnya sebagai durian merah Sabah. Namun, terdapat jua dijual di Limbang bila tiba musim.
Luaran durian ini hampir menyerupai durian Isu dan durian Pakan, cumanya ia mempunyai isi durian berwarna merah. Lain daripada yang lain.
No photo description available.
5. Durian Kura-Kura (Durio Testudinarium)
Durian Kura-kura adalah sejenis durian hutan yang amat sukar dijumpa, dimana ia berbunga dan berbuah di pangkal pokoknya dan dilaporkan hanya terdapat di Bekenu Sibuti, Miri dan juga di Ulu Medamit, Limbang
Buahnya berwarna kuning pucat dan keperang-perangan dan isinya pula berwarna kuning. Isi durian ini dikatakan kurang manis berbanding dengan durian-durian lain.
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support
[pvcp_1]