Skip to main content

Program Agropreneur Muda diwujudkan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian terhadap golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalaAkkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.

Objektif Program

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang agromakanan.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor agromakanan sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

 

Skop Program

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Asas Tani
  5. Pemasaran
  6. Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  7. Agropelancongan
  8. Agroteknologi

 

Kumpulan Sasar

Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 – 40 tahun.

 

𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡, 𝟯 𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡! 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗟𝗜𝗡𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗨𝗧 👇🏻👇🏻👇🏻
Lampiran 1 – Borang Pendaftaran UAM
Lampiran 2 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran
Website Berkaitan Agropreneur Muda :
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support