Skip to main content

Menteri Muda MANRED Ketuai Rombongan Melawat Pertubuhan Peladang Di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah mengetuai lawatan rasmi ke beberapa Pertubuhan Peladang Malaysia antaranya pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) di Kuala Lumpur, Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) di Shah Alam dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan Malaysia (NAFAS) di Kota Damansara pada Rabu.

Dalam lawatan itu, mereka telah disambut oleh Pengerusi LPP merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Pengerusi PPNS (Selangor) Datuk Dr Abdul Rahman Bakri dan Pengerusi NAFAS merangkap Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Dr Anis Mahmud.

Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan hubungan PPNS dengan LPP dan NAFAS dalam beberapa perkara tertunggak dan pendekatan terkini halatuju pertubuhan peladang khasnya dan perkembangan dan penekanan bidang pertanian negeri dan negara amnya.

Rombongan juga mendapat maklumat penting dari kejayaan Pertubuhan Peladang Negeri Selangor sebagai antara pertubuhan peladang negeri yang berjaya di Malaysia.

Rombongan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak terdiri daripada Boniface Bada, Kenil Jerai’ie, George Manggi, Abdul Aziz Abdullah, Pegawai Ehwal Ekonomi MANRED David Branch, Ketua Bahagian, Bahagian Institusi Peladang Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) Mohidi Bidin, Penolong Pegawai Pertanian FI DOA Hatta Adenan, Pengurus Besar PPNS Gom Raway dan Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran PPNS Gloria Nanang.

Hadir sama Ketua Pengarah LPP Azulita Salim, Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Kamarul Arifin Shaari dan Pemangku Pengurus Besar NAFAS Baharozaman Mohid.
#MANRED #MAFI #DOA #PPNS #NAFAS #Peladang

Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS

Menteri Muda MANRED Ketuai Rombongan Melawat Pertubuhan Peladang Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah mengetuai lawatan rasmi ke beberapa Pertubuhan Peladang Malaysia antaranya pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) di Kuala Lumpur, Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) di Shah Alam dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan Malaysia (NAFAS) di Kota Damansara pada Rabu.

Dalam lawatan itu, mereka telah disambut oleh Pengerusi LPP merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Pengerusi PPNS (Selangor) Datuk Dr Abdul Rahman Bakri dan Pengerusi NAFAS merangkap Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Dr Anis Mahmud.

Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan hubungan PPNS dengan LPP dan NAFAS dalam beberapa perkara tertunggak dan pendekatan terkini halatuju pertubuhan peladang khasnya dan perkembangan dan penekanan bidang pertanian negeri dan negara amnya.

Rombongan juga mendapat maklumat penting dari kejayaan Pertubuhan Peladang Negeri Selangor sebagai antara pertubuhan peladang negeri yang berjaya di Malaysia.

Rombongan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak terdiri daripada Boniface Bada, Kenil Jerai’ie, George Manggi, Abdul Aziz Abdullah, Pegawai Ehwal Ekonomi MANRED David Branch, Ketua Bahagian, Bahagian Institusi Peladang Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) Mohidi Bidin, Penolong Pegawai Pertanian FI DOA Hatta Adenan, Pengurus Besar PPNS Gom Raway dan Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran PPNS Gloria Nanang.

Hadir sama Ketua Pengarah LPP Azulita Salim, Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Kamarul Arifin Shaari dan Pemangku Pengurus Besar NAFAS Baharozaman Mohid. -Edisi UKAS

Leave a Reply

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support