LIMBANG | 21 Mei 2022
YB Datuk Dr Hj Abdul Rahman bin Hj Ismail, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah (Pemodenan Pertanian) Sarawak, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke projek-projek Fertigasi Terbuka Daerah Limbang. Projek ini melibatkan seramai 23 orang peserta dengan peruntukan sebanyak RM230,000 di bawah peruntukan Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) 2019.