Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama (Joint Venture Agreement) Kenyalang Farming Services
KUCHING | 11 Januari 2022
Menteri Muda Pemodenan Pertanian & Pembangunan Wilayah merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail, hadir untuk menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama (Joint Venture Agreement) Kenyalang Farming Services di antara PPNS, Ceria Alliance Sdn Bhd & RIIO Agro Services Sdn Bhd.
Turut hadir YBhg Datu Edwin Abit, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian & Pembangunan Wilayah; Profesor Jack Singh, Ketua Saintis & Ketua Penasihat Sarawak Multimedia Authority (SMA); Encik Gom Raway, Pengurus Besar PPNS; Dato’ Haji Othman Haji Suaidi dan Dato’ Ismail Shaufi mewakili RIIO Agro Services; serta Dr Hatta Solhi dan Encik Patrick Song mewakili Ceria Alliance.