Skip to main content

Tiram putih di muara Sungai Muar disahkan spesies baharu

SHAH ALAM – Spesies tiram yang dikenali sebagai tiram putih atau nama saintifiknya, Crassostrea (Magallana) Saidii telah disahkan sebagai spesies baharu yang hanya terdapat di muara Sungai Muar, Johor.

Penyelidik daripada Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Leena Wong berkata, kerjasama penyelidikan antara UPM dan Queen’s University Belfast mengesahkan bahawa spesies itu tidak terdapat di kawasan lain di dunia.

Beliau berkata, spesimen Crassostrea (Magallana) Saidii yang dikenal pasti oleh nelayan tempatan itu disahkan identitinya melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Baca Artikel Penuh:

https://www.sinarharian.com.my/article/170538/EDISI/Tiram-putih-di-muara-Sungai-Muar-disahkan-spesies-baharu

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support