Lawatan Tapak ke Pasar Borong Samarahan dan Cadangan Tapak Kilang Makanan Ikan di Samarahan Industrial Estate
11 Mac 2021
Kota Samarahan
YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mengadakan lawatan tapak ke Pasar Borong Samarahan dan Cadangan Tapak Kilang Makanan Ikan di Samarahan Industrial Estate, Kota Samarahan.
Hadir sama YBhg. Tuan Edwin Abit, Setiausaha Tetap MANRED, Dr Gluma Saban, Ketua Bahagian Pertanian & Industri Agromakanan, MANRED, Puan Norhayati Tahir, Pegawai Tadbir, MINTRED, Puan Siti Rokzana Bohari, Penolong Pegawai Tadbir, Seksyen Perlesenan, MINTRED, Ir. Khairul Reza Mohd Jawi, Penolong Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Samarahan, Encik Ahmad Arisa Kachon, Pegawai Pertanian Bahagian Institusi Peladang, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak, Encik Gom Raway, Pengurus Besar PPNS, Puan Noraniza Abu Bakar, Pengurus Besar PPK Samarahan, Encik Ting Sie Gain, Pengurus Gold Coin Sarawak Sdn Bhd, Encik Thomas Hii, Pengurus Borneo Eco Fish Sdn Bhd, Encik Lee Chee Khai, Ting Feng Enterprise, Encik Jong Nyuk Sheng, Nyuk Sheng Enterprise, Encik Jee Chung Shian, Encik Jee Sin Loong, Encik Suhardi Samsuddin, Suhardi Trading Co., Encik Ho Chian Lay, Hin Soon Enterprise dan Encik Ho Boon Heng, Chang Hong One Enterprise.