Skip to main content

Perbincangan dengan Syarikat P Cloud Sdn Bhd berkenaan AgroPass Farmers’ ID

10 Mac 2021

KUCHING:  YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) telah mengadakan perbincangan dengan P Cloud Sdn Bhd, syarikat swasta tempatan berkenaan pendaftaran Peladang dan pemasaran produk melalui aplikasi digital.

Hadir sama Encik Zakaria Halmi, Penolong Setiausaha, Bahagian Pertanian & Industri Agromakanan MANRED, Encik Mohidi Bidin, Ketua Bahagian Institusi Peladang, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak, Encik Gom Raway, Pengurus Besar, PPNS,  Encik Raymond Tay, Pengarah P Cloud Sdn Bhd dan Encik Gordon Chung, Pengarah Projek P Cloud Sdn Bhd.

 

 

 

 

 

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support