Skip to main content

Lawatan kerja ke ladang Golden Stem Sdn Bhd di.Sungai Pinang, Bau

BAU, 5 Mac 2021 – Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, telah mengadakan lawatan kerja ke ladang Golden Stem Sdn Bhd di Sungai Pinang, Bau.

Menurut Encik Tay Choo Huat, pemilik ladang tersebut, ladang beliau berkeluasan sekitar 100 ekar di mana 35 ekar sudah dibangunkan dengan tanaman sayur-sayuran serta ternakan ayam, kambing dan ikan.

Menurutnya lagi, ladang tersebut mampu menghasilkan 5,000 – 6,000 kg sayur-sayuran sebulan, 40 tan ikan setahun dan 100,000 ekor ayam setahun.

Turut hadir adalah Encik Baijury Dzulhizam Spawi, Penolong Setiausaha MANRED, Puan Chong Mui Sia, Pegawai Pertanian Bahagian Kuching; serta para pegawai dari pejabat Jabatan Pertanian Sarawak Daerah Bau dan Golden Stem Sdn Bhd.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support