Skip to main content

Lawatan kerja ke Tapak Semaian dan Ladang Nanas milik Evergreen Plantation

SERIAN, 4 Mac 2021 – Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Semaian dan Ladang Nanas milik Evergreen Plantation.

Nanas, durian dan rambutan merupakan antara tanaman yang disemai di Tapak Semaian Evergreen Plantation di Batu 12, Jalan Kuching – Serian manakala di Ladang Nanas mereka yang terletak di Kampung Sorak Melayu, Serian pula telah ditanam dengan kira-kira 300,000 biji nanas varieti Golden Diamond atau Keningau Diamond.

Turut hadir sepanjang lawatan adalah Encik Baijury Dzulhizam Spawi, Penolong Setiausaha MANRED; Puan Heidylia Joshua, Pegawai Pertanian Bahagian Serian dan para pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Sarawak.

 

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support