Skip to main content
13-14 Mac 2024 I Kota Samarahan
Mesyuarat Pengurusan dan Pembangunan Pertubuhan Peladang di Sarawak Bil. 1/2024 telah diadakan oleh Bahagian Institusi Peladang, Jabatan Pertanian Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Institusi Peladang, En. Awang Roslan bin Awang Hipni dan dihadiri oleh Pengurus-pengurus Besar serta perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan, PPNS dan M-FICORD. Mesyuarat dimulai dengan ikrar integriti, ucapan pengerusi mesyuarat, dan pengesahan minit mesyuarat bil.3/2023. Menurut pengerusi, mesyuarat PP perlu diadakan 3 kali dalam setahun dan beliau menyeru supaya semua PPK mengambil peluang bersemuka ini untuk menjalin kerjasama perniagaan yang mempunyai potensi untuk berkembang, di samping bersama-sama meningkat prestasi dan tadbir urus perbelanjaan dengan baik.
Turut hadir sama, Setiausaha Tetap M-FICORD Tuan Sirai Daha, Pegawai-pegawai Pertanian Bahagian, dan Pengurusan PPNS.

     

       

 

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support