Skip to main content
KUCHING | 19 SEPTEMBER 2023
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bertempat di Hotel UCSI Kuching.
YB Dato Sri dalam ucapan beliau berharap agar semua ahli peladang di Sarawak yang menghadiri mesyuarat agung itu dapat menggunakan peluang tersebut membincangkan perkara-perkara yang dapat memberikan manfaat kepada Pertubuhan Peladang di Sarawak.
Dalam majlis sama YB Dato Sri turut menyaksikan simbolik penyerahan dana dan geran daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada PPNS. Dana dan geran tersebut merangkumi Program Kecemerlangan Pelajaran Negeri Sarawak Tahun 2023 Yayasan Pelajaran Peladang berjumlah Rm28,000.00, sumbangan Wakalah Zakat sebanyak RM159,096.84 dan sumbangan Geran Mesyuarat Agung Tahunan sebanyak RM7,985.00.
Untuk rekod, seramai 175 para perwakilan yang mewakili 177,000 Ahli Peladang daripada 28 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PPNS pada kali ini. Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan) merangkap Pengerusi PPNS YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail, ADUN Telang Usan merangkap Ahli Jemaah Pengarah PPNS YB Dato’ Dennis Ngau, Setiausaha Tetap M-FICORD Encik Sirai Daha, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Dato Zamri Yaakob, dan Pengurus Besar PPNS Encik Gom Raway.
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support