Skip to main content

22 Ogos 2023
Kuching

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mempengerusikan mesyuarat bersama pihak Pengurusan PPNS di Pejabat PPNS.

Mesyuarat membincangkan berkenaan Sarawak Agrofest 2023 yang akan dikendalikan PPNS selaku ejen pelaksana yang dilantik serta perbincangan bersama Seksyen Input Pertanian, Peladang eShop, Mekanisasi dan Pasar Borong PPNS bagi meningkatkan pendapatan PPNS.

Hadir sama Gom Raway, Pengurus Besar PPNS, Irwandy Barahim, Timbalan Pengurus Besar PPNS, Gloria Nanang, Perhubungan Korporat dan Pembangunan Pasaran PPNS, Magerate Nanyang Senin, Pengurus Pembangunan Projek Usahasama Pertanian Komersial PPNS, Neo Lee Wee, Pengurus Pemasaran IOT dan Operasi Runcit PPNS, Nur Affeti Sahat, Pengurus Operasi Borong PPNS dan Seraphina Dominic Gisong, Pengurus Perniagaan Input Pertanian dan Perkhidmatan Pengangkutan PPNS.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support