Skip to main content

15 Ogos 2023
Samarahan

Lawatan Kerja ke Tapak Projek Pembinaan Bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Bangunan Pasar Borong Samarahan diketuai oleh Gom Raway, Pengurus Besar PPNS.

Bagi Projek Bangunan PPNS, status siap pembinaan adalah pada 93% dan pihak JKR akan melakukan pre certificate of practical completion (CPC) terlebih dahulu pada 25 ogos 2023. Setelah CPC dapat dibuat, urusan pemasangan perabot (oleh JKR Sarawak), penyambungan elektrik (oleh SEB) dan bekalan air (JBALB) akan dilakukan. Penyerahan penuh kepada pihak PPNS dijangka dapat dilakukan selewatnya pada Januari 2023.

Bagi Pasar Borong Samarahan, Perjanjian penyerahan pengoperasian daripada Jabatan Pertanian (DOA) Sarawak kepada PPNS telah ditandatangani pada hari ini. Naiktaraf dan penyelenggaraan bangunan seperti pemasangan cold storage akan diuruskan oleh PPNS.

Hadir sama Stonton Morse Jerry Rumpang, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan DOA Sarawak, Sharina Law Sze Lin, Arkitek JKR Sarawak, Indra Sakti Haron, Jurutera Bahagian JKR Samarahan, Hamzah Abu Bakar, Pegawai Pertanian Bahagian Samarahan, Dayang Eka Ez’zati, Jurutera JKR Samarahan dan konsultan.

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support