Skip to main content

KUCHING, 6 September: Festival pertanian terbesar di Sarawak iaitu Sarawak Agrofest bakal kembali dengan tema ‘Makanan untuk masa depan’ setelah 2 tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.

Menurut Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, edisi ketiga itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 18 hingga 20 November 2022.

Ujarnya, tema ‘Makanan untuk masa depan’ adalah selaras dengan fokus Kerajaan Sarawak untuk  memperkasakan agenda keselamatan makanan.

“Keselamatan negara sangat penting bagi mana-mana negara di dunia ini.

“Terdapat beberapa kawasan menghadapi masalah seperti perubahan iklim, konflik geopolitik dan keselamatan makanan juga adalah sangat penting.” katanya

Tambahnya lagi, penganjuran kali ini akan memberi tumpuan kepada perdagangan pertanian dengan menyediakan platform untuk usahawan tani.

Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan Sarawak untuk menjadi pengeksport makanan bersih menjelang 2030.

“Tumpuan kami adalah pada pengkomersilan.

“Kita mesti perbaiki keseluruhannya dari pengeluaran R&D sehinggalah ke pemprosesan hiliran.” tegasnya.

Menerusi program tersebut, sekitar 250 gerai jualan dan pameran akan ditawarkan pada penganjuran kali ini dan ia dijangka mampu menarik sekitar 50,000 pe gunjung dari seluruh bahagian di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Agrofest Sarawak 2022 kali ini dianggarkan mampu menjana lebih RM3 juta jualan sepanjang tempoh festival itu nanti.-TVS

 

Source: https://tvstv.my/2022/09/06/edisi-ketiga-sarawak-agrofest-kembali-november-ini/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support