Skip to main content

SINGAPURA | 4 Julai 2022

Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memulakan lawatan kerja rasmi beliau ke Singapura dengan melawat Sky Greens Vertical Farm yang dimiliki oleh Sky Urban VFS Pte Ltd.

Semasa lawatan tersebut, YB Dato Sri juga turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB) dan Sky Urban VFS bagi membangunkan projek-projek pertanian moden di Sarawak.

Turut serta Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Pemodenan Pertanian), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail; Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Pembangunan Wilayah), YB Tuan Martin Ben; Setiausaha Tetap MANRED, Datu Edwin Abit; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud; dan Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Encik Dominic Chunggat.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support