Skip to main content

5 April 2022
Kuching

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah (Pemodenan Pertanian) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, YB Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Susulan bekenaan Bangunan PPNS Fasa 1 dan Fasa 2 serta Pasar Borong Samarahan yang telah diadakan di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, Kuching.

Tujuan mesyuarat ini adalah bagi mengetahui dan membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan perkembangan semasa pembinaan bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Pasar Borong Samarahan.

Turut hadir adalah Hj. Zakaria bin Hj. Halmi (Ketua Seksyen Agromakanan), Gom Raway (Pengurus Besar PPNS) serta para pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan konsultan.

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support