Skip to main content

KUCHING: Penubuhan Stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia di Semenggoh akan memperkasakan kajian dan penyelidikan tanaman lada.

Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata stesen penyelidikan itu ditubuhkan untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan perladangan bagi meningkatkan aktiviti ujian lapangan tanaman lada.

Selain itu katanya, ia juga untuk membangunkan plot-plot ujian ladang untuk menguji keberkesanan hasil kajian dan penyelidikan serta menyelenggara koleksi germplasma lada di Malaysia.

“Penubuhan stesen penyelidikan ini selari dengan hala tuju Lembaga Lada Malaysia dan industri lada untuk memperkasakan aktiviti kajian dan penyelidikan melalui kemudahan yang moden dan canggih.

“Ia juga akan menjadi pemangkin kepada aktiviti penyelidikan di lapangan yang membolehkan Lembaga Lada Malaysia menjalankan pelbagai jenis kajian dan penyelidikan berkaitan lada secara sistematik dan pengumpulan germplasma serta varieti bagi penghasilan lada baharu,” katanya pada sidang media sempena lawatannya di sini hari ini.

Read full article : https://sarawakvoice.com/2022/02/14/kajian-dan-penyelidikan-lada-diperkasa/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support