Skip to main content

DP ABG ZOHARI TINJAU TAPAK SEMAIAN, MAKMAL R & D RT-PAWLONIA 

KUCHING, Khamis: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang pada Khamis sempat meluangkan masa untuk meninjau tapak semaian spesies pokok RT-Pawlonia milik TS Green Sdn Bhd bertempat di Off Jalan Kuching/Kota Samarahan.

Selepas berada satu jam di tapak berkenaan beliau berkunjung pula ke makmal R & D syarikat tersebut di Jalan Song yang menghasil kultur tisu pokok Pawlonia.

Turut menemani beliau Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar.

Menurut Dato Chris Chung, pengasas TS Green, spesies RT-Paulownia merupakan varian tempatan yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan ilklim tropika.

Pokok tersebut boleh tumbuh sehingga 20 kaki dalam satu tahun, kadar tumbesaran antara yang terpantas di dunia, dan boleh dituai dalam tempoh masa 3 ke 4 tahun untuk pelbagai kegunaan seperti pengeluaran perabot dan papan lapis.

https://www.facebook.com/1111118369035337/posts/2073770906103407/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support