Skip to main content

Sektor pertanian di tanah tinggi Ba’kelalan diperkasa

BA’KELALAN: Sektor pertanian di tanah tinggi di sini akan diperkasakan berdasarkan potensi yang ada dengan pembinaan Jabatan Pertanian Ba’kelalan bagi menggantikan pejabat lama yang  dibina pada tahun 1985.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata projek itu dilaksana di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya Wilayah yang dijangka siap pada Februari 2023.

“Pembinaan Jabatan Pertanian Ba’kelalan sejajar dengan komitmen Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk memperkasakan sektor pertanian di seluruh Sarawak termasuk tanah tinggi Ba’kelalan,” katanya pada lawatan kerja ke tapak projek di sini baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agung, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Baca lanjut:

https://www.utusanborneo.com.my/2021/11/05/sektor-pertanian-di-tanah-tinggi-bakelalan-diperkasa

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support