Skip to main content

Agrobank tawar pembiayaan percepat teknologi pertanian

KUALA LUMPUR: Agrobank akan menawarkan penyelesaian pembiayaan kewangan yang komprehensif dan pada masa yang sama menyokong mempercepatkan teknologi digital dalam industri pertanian serta penerapan amalan pertanian moden.

Institusi kewangan pembangunan (DFI) itu berkata ini adalah sebahagian daripada visinya untuk kelangsungan industri pertanian menerusi pelan perniagaan strategik lima tahun dari 2021-2025 yang dilancarkan baru-baru ini.

Pemangku Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Khadijah Iskandar berkata bank baru-baru ini bekerjasama dengan Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) bagi menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10 juta bertujuan menyokong 200 usahawan sektor pertanian bagi mempercepatkan amalan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) untuk sektor ini.

Baca lagi:

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/10/876141/agrobank-tawar-pembiayaan-percepat-teknologi-pertanian

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support