Skip to main content

Taklimat berkenaan perkembangan terkini Projek Collection, Processing and Packaging Centre (CPPC) Lawas, CPPC Limbang dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) Kubong, Limbang

5 Oktober 2021|Kuching

Hari ini YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah ( MM MANRED ) Sarawak merangkap ADUN N79 Bukit Kota diberikan taklimat berkenaan perkembangan terkini Projek Collection, Processing and Packaging Centre (CPPC ) Lawas, CPPC Limbang dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM ) Kubong, Limbang di Pejabat MM MANRED.

CPPC Lawas telah siap sepenuhnya tetapi belum diserahkan kepada Jabatan Pertanian disebabkan bekalan air belum dinaiktaraf manakala CPPC Limbang sudah mencapai 80 peratus pembinaan.

Kedua-dua CPPC ini akan menumpukan pemprosesan buah-buahan tempatan seperti nangka madu, nanas, kelapa, pisang, durian dan melon serta ikan seperti ikan bilis dan ikan tahai.

Bagi TPKM, bahagian tanaman seluas 25 hektar sudah siap sepenuhnya yang melibatkan 5 orang peserta tanaman nangka madu dan seorang peserta tanaman pisang, manakala bahagian fertigasi yang akan dilengkapi oleh kemudahan Internet of thing (IOT),seluas 2 hektar, akan dimulakan pada tahun hadapan termasuk pembinaan 16 buah struktur pelindung hujan (SPH) untuk 8 orang peserta tanaman melon dan 2 struktur untuk seorang peserta tanaman sayuran secara hidroponik.

Ketiga-tiga projek di atas di jangka beroperasi selewat-lewatnya awal tahun 2023.

Hadir sama Dr Alvin Chai Lian Kuet, Pengarah Jabatan Pertanian (DOA) Sarawak dan pegawai daripada MANRED dan DOA Sarawak dan DOA Limbang.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support