Skip to main content

Harga sawit dijangka cecah RM4,400 satu tan

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan sawit akan kekal kukuh sehingga sekurang-kurangnya Mac berikutan kenaikan levi eksport Indonesia, dengan bekalan dilihat sempit pada dua bulan pertama 2022, demikian menurut pengarah Godrej International Ltd, Dorab Mistry.

Minyak sayuran paling banyak digunakan itu dijangka diniagakan antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan dalam tempoh Oktober hingga Mac, sebelum susut sedikit pada Mac, kata peniaga sawit veteran itu pada persidangan Globoil.

Niaga hadapan sawit berada pada purata RM3,908 setakat tahun ini, menurut data dikumpulkan oleh Bloomberg.

Baca lagi:

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/868823/harga-sawit-dijangka-cecah-rm4400-satu-tan

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support