Sarawak tubuhkan Lembaga Industri Nipah Dan Sagu
KUCHING, 28 Ogos: Kerajaan Sarawak bersetuju menubuhkan Lembaga Industri Nipah Dan Sagu (Linas) yang berfungsi melaksanakan pembangunan industri tersebut.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Linas juga akan melihat dari sudut kualiti, pengeluaran dan teknologi berkaitan nipah dan sagu.
“Ini akan memberi bantuan kepada petani-petani kita di dalam industri sagu dan nipah di mana kita akan menggunakan cara-cara baharu,” katanya.
Read more:
https://dayakdaily.com/sarawak-tubuhkan-lembaga-industri-nipah-dan-sagu/