Skip to main content

Lawatan ke tapak pembinaan Bangunan baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak

 

SAMARAHAN | 27 Ogos 2021

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Bangunan Baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di Kota Samarahan bagi meninjau sendiri status terkini projek berkenaan.

YB Datuk Amar berpuas hati dengan kemajuan projek tersebut di mana ianya berjalan 5.57% lebih awal daripada yang telah dijadual.

Bangunan yang bernilai RM20 juta ini mula dibina pada 24 September 2020 dan dijangka siap pada 24 Mei 2022.

Turut hadir semasa lawatan adalah YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi PPNS; YBhg Tuan Edwin Abit, Setiausaha Tetap MANRED; Dr Alvin Chai, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak; Encik Gom Raway, Pengurus Besar PPNS; dan Encik Cassidy Morris, Ketua Projek JKR.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support