Skip to main content

India dijangka tambah import sawit Malaysia, Indonesia

BENGALURU: Pengimport minyak sawit terbesar dunia, India dijangka meningkatkan pembelian daripada pengeluar utama komoditi berkenaan, Malaysia dan Indonesia apabila musim hujan monsun yang tidak menentu di negara itu menjejaskan tanaman kacang soya serta kacang tanah.

India yang juga mempunyai kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia bergantung kepada bekalan minyak masak dari luar negara sehingga 70 peratus.

Kebimbangan semakin meningkat apabila musim hujan ketika ini akan menjejaskan tanaman selain berpotensi meningkatkan harga makanan, mengancam pemulihan ekonomi serta menyebabkannya terpaksa mengimport lebih banyak produk pertanian.

Baca lagi:

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/08/855841/india-dijangka-tambah-import-sawit-malaysia-indonesia

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support