Skip to main content

Bina banyak kilang sagu mini

MUKAH: Penubuhan Lembaga Industri Sagu dan Nipah yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak menggembirakan penduduk terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam industri sagu dan tanaman rumbia, terutama di kawasan Mukah.

Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mukah, Manucher Smith (gambar) berkata, penubuhan lembaga itu kelak akan membantu membangunkan ekonomi kawasan tengah negeri ini.

“Manfaatnya akan diterima oleh pengusaha tanaman rumbia yang menjadikan tanaman asal itu sebagai pendapatan utama mereka,” kata mantan pengerusi PPK Mukah itu ketika dihubungi Suara Sarawak.

Baca lagi:

https://suarasarawak.my/bina-banyak-kilang-sagu-mini/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support