Maybank institusi perbankan pertama sertai SMO, Go-eCommerce
DEMI menyahut seruan kerajaan untuk membantu memutuskan rangkaian wabak COVID-19, ramai peniaga tempatan dilihat menutup premis kerana tidak dibenarkan beroperasi.
Ia dilakukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri 15 Jun lalu sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19 pada satu peringkat yang munasabah.
Namun, penutupan premis itu bukanlah satu perkara baharu malah ada peniaga yang sudah gulung tikar akibat hilang punca pendapatan kerana tidak mampu menanggung kerugian dan membayar sewa premis sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.
Baca lagi: