Skip to main content

KPDNHEP terus pantau bekalan dan kenaikan harga ayam

KUCHING, 23 Julai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa memantau kecukupan bekalan ayam dan memastikan tiada isu kenaikan harga ayam di pasaran secara tidak munasabah.

Kementerian tersebut berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pemain industri yang terdiri dari pengimport, pengeluar, pembekal makanan ternakan dan penternak bagi mencari solusi terbaik dalam menangani masalah kenaikan harga makanan ternakan ayam yang membebankan penternak.

KPDNHEP sentiasa memantau kecukupan bekalan ayam dan memastikan tiada pihak mengambil kesempatan disebabkan kenaikan kos pengeluaran (makanan ternakan ayam) dengan menaikkan harga ayam di pasaran secara tidak munasabah.

Baca lagi:

https://dayakdaily.com/kpdnhep-terus-pantau-bekalan-dan-kenaikan-harga-ayam/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support