Skip to main content

Antosianin Pada Pokok Nanas

Antosianin adalah pigmen pada tumbuhan yang memberi warna biru, merah dan ungu. Contoh antosianin yang paling banyak kandungannya adalah pada buah anggur yang memberikan warna ungu, merah dan biru.

Antosianin melindungi tisu tumbuhan daripada tekanan abiotik (air, tanah, udara, cahaya, suhu). Kadar keamaatan antosianin berkait dgn kandungan pH tumbuhan.

Pokok nanas juga mempunyai antosianin yang boleh dilihat pada daun, sulur dan jambul. Kebanyakan pokok nanas mempunyai antosianin di mana keamatannya juga berbeza mengikut varieti.

Namun begitu, varieti MD2 didapati tidak mempunyai antosianin.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support