Skip to main content

 

Lawatan ke Projek Sarang Burung Walit di Sungai Asap

9 April 2021
Sungai Asap

Hari ini YB Datuk Dr Abdul Rahman melawat Projek Sarang Burung Walit, usahasama antara PPNS dengan Pemanca Tony Kulleh, Pengerusi PPKB sejak tahun 2018.

Di samping itu Pemanca Tony juga menanam pokok buah-buahan seperti durian dan avocado yang tumbuh subur di sini.

Projek sarang burung walit ini dilihat menunjukkan perkembangan yang agak baik dan telah mula mengeluarkan hasil sekitar 300 gram sebulan. MANRED dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dicadangkan membangunkan perusahaan sarang burung walit di kalangan anggaran 100 orang petani di sini dalam tempoh lima tahun dan PPNS serta PPK boleh berperanan sebagai pengumpul dan pemproses sarang burung untuk dipasarkan.

Kawasan Sungai Asap boleh juga di bangunkan sebagai pengeluar buah-buahan bernilai tinggi seperti durian dan avocado.

Hadir sama Dr Gluma Saban, Ketua Penolong Setiausaha MANRED Bahagian Industri Agromakanan, Gom Raway, Pengurus Besar PPNS, Stanly Joey Ak Bornie, Pengurus Besar PPKB, Kuba Lusat, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap, Pemanca Umek Jeno dan Adan Lasan, Pegawai Menguasa Pertanian Daerah Kecil Sungai Asap.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support