Skip to main content

Mesyuarat Bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Belaga

8 April 2021
Belaga

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bersama YB Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik Luar Bandar) merangkap ADUN N65 Belaga menghadiri mesyuarat bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Belaga (PPKB) dan menerima taklimat daripada Stanly Joey Bornie, Pengurus Besar PPKB.

Dr Abdul Rahman menyarankan PPKB merancang penglibatan dalam projek yang berimpak tinggi seperti pengumpulan buah sawit dan sarang burung walit sebagai projek jangka masa panjang di samping perniagaan biasa sedia ada.

Seterusnya, beliau mengumumkan bantuan geran kerajaan berjumlah RM100 ribu bagi PPKB menjalankan aktiviti ekonomi mereka.

Hadir sama Mesyuarat Dr Gluma Saban, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pemodenan Pertanian dan Agromakanan, Ahmad Arisa bin Kachon, Pegawai Pertanian, Bahagian Institusi Peladang Jabatan Pertanian Negeri Sarawak,
Erong Teli, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Belaga, Gom Raway, Pengurus Besar PPNS, Pemanca Tony Kulleh, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPKB, Penghulu Saging Bit, AJP PPKB, James Matu, AJP PPKB, Merang Jok AJP PPKB, KK Awang Japar Awang Kebar, AJP PPKB dan MU Louis Langgung Lenjau, AJP PPKB.

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support