Skip to main content

Cadangan Projek-Projek PPNS Pada Tahun 2021

17 Mac 2021

Kuching

 

YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mengadakan perbincangan berkenaan cadangan projek-projek PPNS pada tahun 2021 untuk dibentangkan kepada YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan Kedua, Menteri MANRED merangkap Penasihat PPNS.

Antara cadangan projek-projek tersebut adalah Pasar Borong Kota Samarahan, Ternakan Udang Putih, Pengeluaran Benih Ikan Tilapia, Kilang Makanan Ikan dan Pengeluaran Benih Padi Varieti Moden.

Hadir sama Dr Alvin Chai Lian Kuet, Pengarah Pertanian Negeri Sarawak (DOA), Dr Gluma Saban, Ketua Bahagian Pertanian dan Industri Agromakanan, MANRED, Zakaria Halmi, Penolong Setiausaha, Bahagian Pertanian dan Industri Agromakanan, MANRED, Baijury Dzulhizam Sapawi, Pegawai Tadbir, MANRED, Mohidi Bidin, Ketua Bahagian Institusi Peladang, DOA, Fakhruddin Bokari, Ketua Bahagian Perikanan Darat, DOA, Gom Raway, Pengurus Besar PPNS, Chin Han Kiat, Pegawai Perikanan, DOA, Jafaruddin Ali, Pegawai Pertanian, Bahagian Tanaman, DOA dan Karen Lenggiau Augustine, Pegawai Pertanian, Bahagian Institusi Peladang, DOA.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support