Skip to main content

KUCHING, 22 Okt: Pertubuhan peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) perlu bertindak dan beroperasi seperti sebuah badan korporat bukannya sebagai salah satu agensi kerajaan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata , pertubuhan itu perlu lebih agresif dalam aktiviti perniagaan bagi menjana pendapatan untuk ahlinya.

Beliau berkata demikain ketika melancarkan laman sesawang baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di Kuching hari ini.

Datuk Roland Sagah Wee Inn melancarkan laman sesawang baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di Kuching

“PPNS dan PPK harus memainkan peranan sebagai syarikat utama atau ‘anchor company’ yang akan membantu petani dan peladang di kawasan masing-masing untuk membeli hasil pertanian daripada setiap ahli dan seterusnya menjual hasil mereka ke pasaran yang lebih luas,” katanya.

Roland berkata kedua-dua pertubuhan itu juga perlu memastikan hasil berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pasaran.

Katanya kerjasama Strategik dengan sektor swasta khususnya dalam bidang pemasaran perlu diperkasa memandangkan sektor swasta mempunyai rantaian pemasaran yang luas dalam negeri mahupun di luar negara.

“Kita perlu menerokai pasaran antarabangsa supaya dapat meningkatkan pendapatan golongan petani kepada RM6,000 sebulan menjelang 2030 nanti,” katanya.

Sementara itu Pengerusi PPNS Datuk Abdul Rahman Ismail berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM35 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12) kepada PPNS melaksanakan aktivti serta program pembangunan berkaitan pertanian di Sarawak untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya Kerajaan Sarawak turut menyalurkan peruntukkan khas berjumlah RM50 juta untuk sektor pemasaran produk kepada PPNS dan PPK bagi tempoh sama.

“Kita hendak jadi pengeksport melalui pejabat kita (STATOS) di Singapura dan juga ke Brunei dan Pontianak, Indonesia dan fokus kami ialah memanbungkan rantaian pemasaran untuk pelandang dan petani kita.

“Selain itu kita akan menghasilkan rangkaian penghasilan produk yang berkualiti memenuhi piawaian seperti produk halal, Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) supaya dapat menembusi pasaran luar yang lebih luas.

“Kita yakin dengan peruntukkan dan rangcangan yang telah dirangka kita maampu berdikari dan mempunyai pendapatan yang cukup lumayan khusunya untuk ahli-ahli pertubuhan peladang di Sarawak,” katanya. –DayakDaily

News Source: https://dayakdaily.com/ppns-harus-bertindak-sebagai-badan-korporat/


State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support