Skip to main content
KUCHING | 3 NOVEMBER 2022
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail hadir merasmikan Majlis Penutupan Bengkel E-Dagang Peladang Muda Zon Selatan bertempat di RAIA Hotel & Convention Centre Kuching pada petang hari ini.
Bengkel yang dianjur PPNS ini telah disertai seramai 30 ahli peladang muda daripada 7 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) – Sri Gading, Bau, Kuching, Samarahan, Siburan, Serian dan Simunjan.
Bengkel e-Dagang ini bertujuan mendedahkan usahawan peladang muda kepada strategi pemasaran yang berkesan bagi menjamin keperluan, kemahuan dan permintaan pengguna serta mengenalpasti trend pengguna yang sentiasa berubah mengikut faktor masa dan ekonomi.
Selain daripada di Zon Selatan, bengkel tersebut turut akan diadakan di Zon Timur (Sarikei, Betong & Sri Aman), Tengah (Kapit, Sibu & Mukah) dan Utara (Limbang, Lawas, Miri & Bintulu).
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support