Skip to main content
2 November 2022 | Kuching
Mesyuarat Perkembangan Terkini Berkenaan Bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Pasar Borong Samarahan di bawah projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diadakan di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya dipengerusikan oleh YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi PPNS.
Projek Pembinaan bagi Fasa 1 bangunan PPNS dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mac 2023 manakala untuk Fasa 2, lukisan pelan binaan siap pada hujung tahun ini dan dijangka kerja pembinaan dimulakan pada tahun hadapan selepas mendapat dana RM5 juta daripada kerajaan negeri.
Bagi Projek Pasar Borong Samarahan, Fasa 1 telah selesai dan Fasa 2 akan siapa sepenuhnya dalam bulan Mac 2023.
Hadir sama Tahir Mohd Sharee, Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Mohd Haslan Abdul Khalik, Arkitek Kanan JKR Sarawak, Sharina Law Sze Lim, Arkitek JKR Sarawak, Saribudin Katang, Pengurus Projek JKR Pejabat Wilayah Selatan (SRO), Awang Mohd Ismail, Penolong Jurutera JKR SRO, Hussin Jukin, Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Samarahan, Gom Raway, Pengurus Besar PPNS, Sibylle Suley Surik, Jurutera PPNS.
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support