Skip to main content
11 Ogos 2022 | Kuala Langat, Selangor
Hari ini, YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bersama Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPNS dan semua Pengerusi 28 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sarawak serta Pengurus Besar masing-masing mengadakan lawatan sambil belajar ke Pertubuhan Kawasan Kuala Langat (PPKKL), antara PPK terbaik di Malaysia.
Rombongan di sambut oleh Abdul Razak Khasbullah, Pengerusi PPKKL di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian dimana taklimat disampaikan oleh Mohd Firdaus Abdul Halim, Pengurus Besar PPKKL.
PPKKL mempunyai pelbagai aktiviti pertanian dan perniagaan termasuk ladang kelapa sawit, ladang fertigasi, pusat pengumpulan hasil pertanian daripada pelbagai sumber termasuk daripada negeri lain dan pengedaran hasil pertanian kepada pelbagai tempat termasuk kem tentera.
Perniagaan PPKKL tidak terjejas semasa pandemik Covid 19 dan telah memperolehi pendapatan bersih melebihi RM1 juta bagi tahun 2021.
Rombongan seterusnya di bawa melawat tapak fertigasi PPKKL bagi melihat secara dekat bagaimana mereka menjalankan fertigasi pelbagai tanaman secara terbuka.
Hadir sama YB Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan merangkap AJP PPNS, Datuk Muner Suandi, Pengerusi PPK Klang, Jackson Nanta Barbabas, Ketua Institusi Peladang Jabatan Pertanian Sarawak, Kenel Jarai’ie, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap AJP PPNS dan Gom Raway, Pengurus Besar PPNS.
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support