Skip to main content
24 Mei 2022,
Kuching
YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan YB Martin Ben, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah mengadakan pertemuan bersama YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Hj Abdul Rahman Zohari, Premier Sarawak berkenaan Projek Ternakan Udang Usahasama antara Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak bersama Syarikat Sea Horse Sdn. Bhd. dan Rekabentuk Bangunan PPNS Fasa 2 yang diadakan di Pejabat Premier Sarawak, Bangunan DUN Sarawak.
Pembentangan bagi rekabentuk terkini bangunan PPNS yang di sampaikan oleh pihak konsultan serta penerangan terperinci oleh Gom Raway, Pengurus Besar PPNS dan Sim Ing Jye, Pengurus Sea Horse Sdn. Bhd. berkaitan perjanjian usahasama pihak PPNS bersama Sea Horse Sdn. Bhd. mendapat nasihat dan persetujuan daripada YAB Premier Sarawak.
Turut hadir, Datu Edwin Abit, Setiausaha Tetap MANRED dan Hj Fakhruddin Bokhari, Ketua Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Sarawak.
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support