Skip to main content

Abang Johari berkata kerajaan telah mengarahkan University Swinburne untuk menubuhkan makmal di kawasan tersebut yang bertujuan mengkaji pertanian cara baharu.

 

KUCHING, 1 Mei: Kerajaan Sarawak meluluskan projek perkampungan baharu di Kampung Ensengei Melayu, Gedong sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk di pinggir bandar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan jurang di antara bandar dan luar bandar dapat disatukan dengan pembangunan yang seimbang.

“Kerajaan Sarawak telah meluluskan projek perkampungan baharu di mana semua kampung di kawasan ini akan menikmati pembangunan tersebut.

“Ini akan kita hubungkan dengan air, elektrik dan jalan raya, maka ia akan jadi sebuah perkampungan yang lebih tersusun,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat di Kampung Ensengei Melayu Gedong di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai usaha untuk memajukan sektor pertanian di kawasan tersebut, Abang Johari berkata kerajaan telah mengarahkan University Swinburne untuk menubuhkan makmal di kawasan tersebut yang bertujuan mengkaji pertanian cara baharu.

“Ini termasukalah pertanian baharu untuk mengeluarkan padi dengan menggunakan teknologi baharu,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong turut berkesempatan untuk menunaikan solat fardu Mahgrib dan Isyak serta menunaikan solat sunat Terawih bersama-sama masyarakat sekitar.

Terdahulu beliau juga berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada jawatankuasa masjid dan surau di kawasan tersebut selain turut menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada golongan asnaf dan warga emas. – TVS

 

Source : https://tvstv.my/2022/05/01/projek-kampung-tersusun-di-kampung-ensengei-melayu-gedong/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support