Skip to main content

SERIAN, 20 April : Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup di sini dilihat berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian komersial di Sarawak.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah II, Martin Ben berkata, bertambah menarik penduduk di beberapa kampung turut mengusahakan tanaman padi.

Beberapa kampung di DUN Kedup mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan eko pelancongan di Serian,

Sehubungan itu katanya, DUN berkenaan juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan eko-pelancongan yang boleh menawarkan pengalaman baharu kepada pengunjung.

“Berdasarkan lawatan, saya mendapati kegiatan pertanian di Kampung Terbat Laban boleh diusahakan secara komersial.

“Sehubungan itu, saya berharap agar Jabatan Pertanian dapat mengadakan sesi dialog untuk memberi penerangan terperinci berkenaan program-program yang akan dilaksanakan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas meninjau beberapa kawasan tanaman padi di DUN Kedup semalam.

DUN Kedup juga mempunyai keindahan alam semula jadi yang boleh dipromosikan.

Mengulas lanjut, Martin berkata, pihaknya ingin mentransformasikan kegiatan pertanian di situ kepada penggunaan teknologi moden untuk manfaat petani.

“Peralihan kepada penggunaan peralatan baharu mampu membantu petani di negeri ini meraih pendapatan mencecah RM6,000 seperti yang disasarkan Kerajaan Sarawak,”katanya.

Ujar beliau, setakat ini antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah program subsidi pertanian dan padi dalam skala individu. – TVS

 

Source: https://tvstv.my/2022/04/20/martin-kedup-pertanian-komersial/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support