Skip to main content
KOTA SAMARAHAN ( 25 Februari 2025) – PPNS telah menerima kunjungan daripada Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang seramai tujuh orang yang diketuai oleh Dato’ Prof Emeritus Muhammad Idiris Bin Saleh, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Seri Pulau. Dalam ucapan beliau, Dato’ Prof Emeritus Muhammad Idiris berharap agar menerusi pertemuan ini, akan membuka peluang kerjasama di antara PPNS dan PPN Pulau Pinang.
Taklimat berkenaan PPNS telah disampaikan oleh Puan Gloria Nanang, Timbalan Pengurus Besar PPNS. Manakala pengenalan mengenai Peladang eShop telah disampaikan oleh Puan Neo Lee Wee, Pengurus Marketing of Farmers Products. Hadir sama YBhg Datuk Md Zabidi B Ariffin, Pengerusi PPK Lahar Bubu; Tuan Haji Abd Wahab Bin Ibrahim, Pengerusi PPK Bukit Mertajam; Encik Mohd Fauzi Bin Hussin, Pengerusi PPK Kg Pelet; Encik Ahmad Taqiuddin Bin Jamaluddin, Pengerusi Peladang Muda; Encik Muhammad Fitri Bin Termizi, AJP PPN Pulau Pinang dan Encik Mohd Yazid Bin Tamyis, Pengurus Besar PPN Pulau Pinang.

      

       

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support