Skip to main content

 

                                       

              
BINTULU | 12 JULAI 2024
Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sarawak Agrofest 2024 bertempat di Lapangan Terbang Lama Bintulu.
Sarawak Agrofest merupakan acara tahunan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) yang berperanan sebagai satu platform bagi mempromosikan teknologi pertanian terkini, berkongsi ilmu pertanian, mempamerkan produk pertanian serta menerokai peluang perniagaan dan kerjasama antara pihak swasta dalam sektor pertanian.
Tema “Enhancing Agro Sector. Empowering Community” pada edisi kali ini bergema dengan nilai teras yang menyokong pembangunan pertanian di Sarawak. Ia menekankan komitmen kementerian dalam meningkatan produktiviti dan memastikan kelestarian alam sekitar serta meningkatkan tahap sosio-ekonomi para petani, penternak dan nelayan. Ini adalah selaras dengan polisi dan halatuju Kerajaan Sarawak untuk mencapai aspirasi kementerian iaitu sektor pertanian yang mampan dan dipacu dengan teknologi yang mampu melestarikan keterjaminan dan keselamatan makanan, mencipta kekayaan untuk komuniti tani dan menjadikan Sarawak sebagai pengeksport bersih makanan menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).
Pada majlis itu, YAB Premier turut menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada petani, penternak dan nelayan, serta menyaksikan Pertukaran Dokumen Perjanjian Usahasama antara kerajaan Sarawak dan beberapa syarikat swasta seperti USAINS Infotech Sdn. Bhd. (USM), UNIMAS Holdings Sdn. Bhd. (UNIMAS), Seri Serapi Trading Sdn. Bhd. dan Peladang Agrotech Sdn. Bhd. (Bellus Terra).
Dalam pada itu, beliau turut melawat tapak pameran Sarawak Agrofest 2024 sekali gus menyempurnakan penyampaian sumbangan bantuan baja kepada Pekebun Kecil Kelapa Sawit dan Lada (BBSKL) 2024.
Turut hadir Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) YB Datuk Martin Ben, Setiaudaha Tetap M-FICORD Encik Sirai Daha, dan Residen Bahagian Bintulu Encik Nyurak Keti.
State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support