PPNS telah diumumkan sebagai Pemenang Utama Kempen Penambahan Pelaburan SPKP-DPK “Go-Invest” 2023-2024 pada Majlis Pengumuman Dividen SPKP 2023 pada 10 Jun 2024, dengan dana pelaburan tambahan RM 2 Juta. PPNS juga telah dinobatkan sebagai Tempat ke-6 bagi kategori Pelaburan Tertinggi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) dan Dana Peladang Kebangsaan (DPK) dengan nilai pelaburan melebihi RM 3 Juta.
Penghargaan telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada Puan Gloria Nanang, Timbalan Pengurus Besar, PPNS.