Skip to main content

16 Februari 2023
Seremban/Kuala Pilah/Shah Alam

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Sarawak( M -FICORD) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mengadakan lawatan ke Spectrum Packaging Industri Sdn Bhd (SPIDB) di Seremban, Ladang Durian di Kuala Pilah dan Seri Alam Recycle Industries Sdn Bhd (SARISB) di Shah Alam yang kesemuanya milik Vincent Ng Boon Sing bertujuan untuk mencari peluang perniagaan terutama bagi input pertanian dan Peladang E Shop.

SPIDB mengeluarkan produk berasaskan plastik termasuk yang berkaitan dengan pertanian manakala SARISB menghasilkan baja organik yang di proses berasaskan tinja ayam.

Hasil lawatan ke Ladang Durian yang menggunakan baja organik ini mendapati ianya sangat berkesan.

Pihak pengurusan PPNS di minta untuk membuat lawatan susulan bagi mengkaji produk-produk yang boleh di tempah dan di pasarkan di Sarawak.

Hadir sama dalam Gom Raway, Pengurus Besar PPNS dan Seraphina Dominic Gisong,Pengurus Bahagian Input Pertanian & Perkhidmatan Pengangkutan PPNS.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support