Skip to main content

Kunjungan Hormat YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, MAFI) ke MANRED

1 April 2022 |Kuching

Satu Kunjungan Hormat YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, MAFI) ke atas YB Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, MANRED iaitu YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi ak. Utom (Menteri MANRED), YB Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ismail (Timbalan Menteri MANRED 1) dan Encik Maclaine Ben @ Martin Ben (Timbalan Menteri MANRED 2) yang telah diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Turut hadir YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Timbalan Menteri MAFI 1), YB Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Pengerusi BERNAS), Dato’ Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani (Ketua Pengarah MARDI), Datu Edwin Abit (Setiausaha Tetap MANRED), Dr. Gluma Saban (Ketua Penolong Setiausaha MANRED), Encik Dominic Chunggat (Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak) serta para pegawai dari agensi yang terlibat.

YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan juga pihak MAFI berkesempatan mendengar sedikit taklimat daripada MANRED berkenaan perspektif pertanian di Sarawak, hala tuju strategik pertanian di Sarawak untuk tahun 2021 sehingga 2030, menerangkan startegi yang digunakan untuk bergerak ke hadapan seiring peredaran masa dengan cara pemodenan pertanian dan pengkomersilan serta menyatakan kawasan-kawasan yang diberi keutamaan untuk mendapatkan bantuan.

 

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support