Skip to main content

Program Peladang Prihatin Sarawak anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu bersama PPK Bintulu

Program ke 5 dan yang terakhir di PPV UPM pada 30 Julai 2021 yang lalu telah dihadiri oleh YB Datuk Hj Talip Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak), DUN Jepak. Hadir bersama dalam menjayakan program ini Puan Anggang ak Jimbun, DAO Bintulu serta pegawai dari Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu.

Tidak dilupakan Cik Olivia Aren Clement, ACDO sebagai penyelaras program yang sentiasa memberikan informasi dalam menjayakan program ini sepanjang ianya berlangsung. Terima kasih juga kepada wargakerja PPK Bintulu serta staf Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu yang sentiasa memberikan kerjasama yang amat cemerlang sebaagai tanda penghargaan kami kepada petugas hadapan di PPV UPM ini. Pihak kami amat menghargai jasa dan kegigihan petugas hadapan dalam membanteras covid 19 di Bintulu.

Sumbangan kami mungkin tidak melebihi tugas dan penat lelah anda, namun kami semua mendoakan agar petugas hadapan sentiasa dirahmati dan sentiasa dilindungi…Terima kasih buat semua PPV di Bintulu dan seluruh Malaysia!!!

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support