Lawatan Kerja Ke Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Samarahan
7 April 2021
Kota Samarahan
YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Peladang Kawasan Samarahan (PPKS) dan diberikan taklimat oleh Noraniza Abu Bakar, Pengurus Besar PPKS.
Dr Abdul Rahman menerangkan halatuju terkini PPNS untuk bekerjasama rapat dengan semua 28 buah PPK seluruh Negeri Sarawak termasuk membantu PPK dan peladang dari aspek pemasaran hasil pertanian semada secara fizikal mahupun melalui aplikasi digital.
Seterusnya beliau mencadangkan PPKS merancang projek jangka panjang antaranya pembuatan medium tanaman cocopit yang mempunyai pasaran yang baik masa ini dan lain-lain projek bagi menambah pendapatan PPNS secara berterusan.
Akhirnya beliau mengumumkan gran peruntukan daripada kerajaan negeri berjumlah RM100 ribu untuk PPKS menjalankan projek ekonomi mereka pada tahun ini.
Hadir sama Zakaria Halmi, Penolong Setiausaha, Bahagian Pertanian & Industri Agromakanan MANRED, Mohidi Bidin, Ketua Bahagian Institusi Peladang Jabatan Pertanian (JP) Sarawak, Hamzah Abu Bakar, Pegawai Pertanian Bahagian, JP Bahagian Samarahan, Gom Raway, Pengurus Besar PPNS, Osaman Keri, Pengerusi, PPKS, Kr Aziz Haji Mohamad wakil ADUN N16 Muara Tuang, Penghulu Haji Elen bin Mustapha, Hamdi Mat, Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPKS, Sapiee Sam, AJP PPKS, Awg Bakar Awg Daud, AJP PPKS, Train Bulang, AJP PPKS, Alban Francis Panji, AJP PPKS dan Gawai Haka, Peladang Nita PPKS.