Skip to main content
26 Januari 2024 I Kuching
Mesyuarat Pengurusan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dipengerusikan oleh YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Pengerusi PPNS merangkap Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang diadakan di Raia Hotel, Kuching.
Antara agenda utama mesyuarat adalah untuk menentukan hala tuju dan berbincang bersama semua ketua serta pegawai dari setiap seksyen berkenaan pengurusan dalaman agar target keuntungan PPNS dapat dicapai pada tahun ini.
Hadir sama En. Gom Raway, Pengurus Besar PPNS; Hj. Irwandy Barahim, Timbalan Pengurus Besar PPNS; Pn. Gloria Nanang, Pengurus Komunikasi Korporat dan Pengurusan Acara PPNS; Pn. Magerate Nanyang Senin, Pengurus Pembangunan Projek Usahasama Pertanian Komersial PPNS; Pn. Neo Lee Wee, Pengurus Operasi Runcit PPNS; Pn. Nur Affeti Sahat, Pengurus Operasi Borong PPNS dan En. Dickson Kedum, Pengurus Kerja Kontrak PPNS.

            

 

          

  

  

  

  

 

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support