Skip to main content

Sesi taklimat oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada Menteri MANRED

1 April 2022 | Kuching

Satu sesi taklimat oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah di adakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak bersama YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi ak. Utom (Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, MANRED) dan YB Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ismail (Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, MANRED).

Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi penerangan yang lebih terperinci kepada Menteri MANRED berkenaan fungsi-fungsi LKIM kepada nelayan-nelayan di sarawak. LKIM mempunyai objektif untuk memperbaiki kedudukan sosio ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan dan memperkembang serta memajukan perusahan negara.

Turut hadir Datu Edwin Abit (Setiausaha Tetap MANRED), Dr. Gluma Saban (Ketua Penolong Setiausaha MANRED) Encik Dominic Chunggat (Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak), Ahmad Nazri (Timbalan Pengarah LKIM) serta para pegawai dari Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan LKIM.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support