Skip to main content

KHAMIS, 31 MAC 2022

KUCHING: Kementerian Pemodenan Pertanian, dan Pembangunan Wilayah Sarawak sedang dalam rancangan untuk memperkasakan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS).

Menterinya, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ahli-ahli PPNS dipertanggungjawabkan untuk menyahut seruan kerajaan negeri bagi memperkasakan pemodenan dari segi pembentukan agropreneur.

“Kita memerlukan dana yang besar, jadi kita memerlukan perancangan yang sesempurna mungkin untuk kita mempercepatkan apa yang PPNS hendak lakukan.

“Sarawak adalah negeri yang besar dan mempunyai sumber asli yang cukup baik dan bagus tetapi negeri yang miskin, jadi kita kena tukar imej ini dengan cara melakukan sesuatu dan mempunyai peranan yang kita harapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak Ke-36 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Tambah Dato Sri Dr. Stephen, para petani dan Pertubuhan Peladang di Sarawak harus mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam program-program pertanian bagi mencapai sasaran kerajaan negeri  untuk mencapai sasaran pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan bagi setiap keluarga tani.

Seramai 179 para perwakilan yang mewakili 176,180 ahli peladang daripada 28 PPK akan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PPNS pada kali ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pemodenan, Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Pemodenan Pertanian) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Pembangunan Wilayah), Martin Ben. -EDISI UKAS

Source : https://ukas.sarawak.gov.my/2022/03/31/ppns-perkasa-pemodenan-pembentukan-agropreneur/

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support